Pasukan rejim Israel dilihat berundur sepenuhnya dari Jenin dan kawasan penempatan sementaranya selepas operasi ketenteraan besar-besaran yang berlangsung selama dua hari dilakukan.
Pasukan rejim tersebut dilaporkan beransur-ansur berundur dari bandar Jenin dan penempatan sementaranya dikala pertempuran ganas masih sedang berlangsung yang mana turut melibatkan bahan letupan oleh trak-trak tentera Israel. Turut dilaporkan, semasa pengunduran tersebut, pesawat perang Israel telah melepaskan peluru berpandu ke arah tanah perkuburan kejiranan timur penempatan sementara Jenin, yang mengakibatkan beberapa kecederaan.
Operasi ganas ini telah mengorbankan seramai 12 orang syahid dan lebih 100 kecederaan penduduk tempatan, dan sekurang-kurangnya 20 orang dalam keadaan serius dan kritikal. Dalam pada masa yang sama, banyak buah rumah dan kemusnahan major infrastruktur di sana turut dilaporkan.

