Home Berita Post View

Israel Ceroboh Al-Aqsa, Tahan Tiga Pekerja Masjid

Jul 05, 2023 11:55 pm

 

Rejim Israel telah menahan tiga orang pekerja Jabatan Wakaf Islamiyyah di Baitul Maqdis sementara polis Israel membenarkan berpuluh warganya menyerbu Masjid al-Aqsa.

Sejak pagi tadi, polis Israel telah mengerahkan pasukan khas dan unit mereka berada di halaman al-Aqsa dan di pintu pagar untuk memastikan perlindungan penuh terhadap pencerobohan kumpulan pelampau. Polis Israel juga menahan dua pengawal Masjid al-Aqsa dan seorang pekerja Jawatankuasa Pembinaan Semula semasa mereka sedang bertugas.

Rejim Israel terus menyasarkan pekerja dan pengawal masjid dengan melancarkan operasi penahanan, pendakwaan dan pengusiran dari Masjid al-Aqsa untuk tempoh yang berbeza-beza. Mereka turut memberi ancaman untuk menahan mana-mana pekerja yang menjalankan kerja-kerja pemulihan di dalam masjid.

Related