Pesawat tempur milik rejim Israel dilaporkan mengebom kawasan kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.
Sumber melaporkan, kira-kira pada jam 4 pagi semalam, pesawat tempur Israel dilihat telah menyasarkan serangan ke atas kawasan berkumpulnya kumpulan pejuang Palestin di Beit Lahiya. Sejurus selepas itu, dua peluru berpandu dari pesawat tempur dilepaskan.
Sumber turut menyatakan, pesawat tempur milik rejim Israel meneruskan serangan mereka dengan mengebom tapak al-Baydar milik kumpulan pejuang di barat Gaza. Akibatnya, beberapa kerosakan major terhadap rumah penduduk di situ telah dilaporkan.
Sementara itu, kumpulan pejuang Palestin bertindak balas dengan melepaskan roket ke arah penempatan Sderot. Tindakan ini sebagai respons terhadap pencerobohan Israel ke atas penempatan sementara di Jenin, di mana telah mengakibatkan kematian seramai 12 orang warga penduduk serta beberapa kecederaan di samping puluhan penahanan turut dilaporkan.

