Home Berita Post View

Dunia Arab Mengecam Sekerasnya Tindakan Israel Kini ke atas Jenin

Jul 04, 2023 07:35 pm

 

Negara-negara Arab dan masyarakat antarabangsa menyatakan kecaman hebat terhadap pencerobohan yang dilakukan rejim Israel ke atas Jenin dan penempatan sementaranya yang berada di utara Tebing Barat. Respons ini dilontarkan susulan situasi yang berlanjutan daripada siri-siri jenayah Israel ke atas rakyat Palestin serta pelanggaran undang-undang antarabangsa. 

Beberapa jam sebelum subuh semalam, tentera rejim memulakan serangan secara besar-besaran ke atas bandar Jenin dan penempatan sementaranya, disertai dengan serangan udara yang menyasarkan beberapa kawasan tertentu. Akibatnya, 10 kematian syuhada’ dilaporkan sementara 100 yang lain mengalami kecederaan termasuk 20 kes serius. 

Difahamkan, Mahmoud Abbas akan mempengerusikan mesyuarat tergempar pada petang Isnin depan untuk membincangkan solusi bagi mendepani pencerobohan Israel ke atas Jenin.

Related