Home Berita Post View

Israel Lancar Operasi Penahanan di Tebing Barat, Jenin Turut Diserang

Jul 04, 2023 07:35 pm

 

Pasukan rejim Israel melancarkan operasi serbuan dan penahanan di beberapa buah kawasan di Tebing Barat, sementara pencerobohan masih tidak reda di Jenin dan kem kediaman warga Palestin di sana.

Pasukan rejim telah menahan dua orang pemuda dari wilayah Tubas yang mana salah seorang daripada mereka merupakan bekas tahanan yang dibebaskan. Sementara itu, rejim Israel turut menahan tiga orang pemuda dari Baitul Laham selepas rumah keluarga mereka diserbu dan digeledah tanpa waran.

Dalam pada itu, pasukan rejim turut menahan kira-kira 120 rakyat Palestin dari Jenin dalam pencerobohan yang berlaku sejak semalam. Sebagai rekod, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan bahawa mayat seorang penduduk Palestin ditemui di Jalan Haifa, Jenin. Ini menjadikan jumlah syuhada' meningkat kepada 10 orang.

Related