Home Berita Post View

Seorang Pemuda Maut Selepas Ditembak Rejim Israel di Al-Bireh

Jul 04, 2023 07:35 pm

 

Kementerian Kesihatan melaporkan Muhammad Husnein, 21 tahun meninggal dunia akibat ditembak oleh pasukan rejim Israel di pintu masuk utara al-Bireh.

Difahamkan, Husnein yang berasal dari Semenanjung Gaza dan tinggal di bandar Ramallah telah ditembak di kepala. Tentera rejim melepaskan tembakan ke arahnya semasa beliau bersama beberapa orang pemuda lain yang keluar dalam perarakan spontan di pintu masuk ke kota al-Bireh. Jelasnya lagi, perarakan spontan tersebut bertujuan untuk mengutuk pencerobohan berterusan Israel ke atas kota Jenin dan kemnya.

Sebagai rekod, Husnein merupakan bekas tahanan. Beliau telah ditahan oleh tentera rejim Israel pada 15 Mei 2019 selepas beliau mengalami kecederaan di bahagian kaki kanannya. Akibatnya, kecederaan tersebut telah menyebabkan luka baru pada saluran darahnya.

Related