Home Berita Post View

Rusuhan Israel di Jenin Semakin Meningkat

Jul 03, 2023 06:46 pm

 

Pagi ini dilaporkan seramai lima orang penduduk Palestin telah terkorban sementara 27 yang lain cedera dalam serangan berterusan yang dilancarkan pihak rejim Zionis di Jenin dan kem pelarian di sana. Difahamkan seramai tujuh orang mangsa berada dalam keadaan kritikal. 

Pihak rejim telah memulakan serangan mereka di Jenin dengan melepaskan bom ke atas sebuah kediaman di tengah kem pelarian Jenin. Kejadian ini telah meragut nyawa seorang pemuda tempatan serta mendatangkan pelbagai kecederaan yang lain terhadap penduduk yang berada di tempat kejadian. Sementara itu, pihak musuh turut melancarkan peluru berpandu di beberapa kawasan, di dalam mahupun di pinggiran kem berkenaan. Sebuah pesawat pejuang milik Israel turut menyasarkan peluru berpandu terhadap The Freedom Theatre di kem tersebut sehingga menyebabkan beberapa orang awam tidak bersenjata cedera.

Kem tersebut telah dikepung segenap penjuru oleh rejim Israel bertujuan menghalang ambulan daripada masuk ke sana dan memberikan rawatan yang diperlukan bagi mangsa kecederaan. Mereka menggunakan jentolak bagi memusnahkan harta benda penduduk awam dan merosakkan beberapa buah kenderaan dengan sengaja. 

Related