Rejim Zionis dan warga haram Israel telah meningkatkan serangan kejam mereka terhadap harta benda, kenderaan, pokok, dan tanaman di Tebing Barat.
Dilaporkan bahawa bahagian hadapan kereta milik seorang penduduk awam Nablus dibakar selepas warga haram Israel bertindak menyerangnya menggunakan koktel Molotov semasa beliau sedang memandu. Mujur tiada kecederaan dilaporkan. Sementara itu, pihak rejim Zionis telah menutup kedai-kedai di Huwarra yang terletak di selatan Nablus.
Kejadian di Salfit, beberapa warga haram Israel menyerbu taman perbandaran Qarawat Bani Hassan, membakar pokok dan memusnahkan harta benda di taman itu. Manakala insiden di Baitul Laham, warga Israel bertindak memusnahkan tanaman pertanian dan mencabut pokok zaitun, epal dan badam.

