Kementerian Kesihatan mengumumkan, Muhammad Husnein, 21 tahun meninggal dunia akibat ditembak oleh pasukan rejim Israel di pintu masuk utara al-Bireh.
Difahamkan, Husnain yang berasal dari Semenanjung Gaza dan tinggal di bandar Ramallah, telah ditembak di kepala. Tentera rejim melepaskan tembakan ke arahnya semasa beliau bersama beberapa orang pemuda yang lain, yang keluar dalam perarakan spontan di pintu masuk ke kota Al-Bireh. Jelasnya lagi, perarakan spontan tersebut bertujuan untuk mengutuk pencerobohan berterusan Israel ke atas kota Jenin dan kemnya.
Sebagai rekod, Husnein merupakan bekas tahanan. Beliau telah ditahan oleh tentera rejim Israel pada 15 Mei 2019, selepas dia mengalami kecederaan di bahagian kaki kanannya. Akibatnya, kecederaan tersebut telah menyebabkan luka baru pada saluran darahnya.

