Home Berita Post View

Separuh Pertama 2023: 877 Penduduk Baitul Maqdis Dihalau keluar Oleh Israel

Jul 03, 2023 06:43 pm

 

Pihak berkuasa pendudukan Israel telah menghalau keluar kira-kira 877 penduduk Baitul Maqdis dari Masjid al-Aqsa, Kota Lama, dan Kota Baitul Maqdis, pada separuh pertama tahun semasa 2023.

Sebagai rekod, Pusat Maklumat Wadi Hilwah telah mendokumentasikan sebanyak 516 keputusan pengusiran penduduk Palestin dari Kota Lama, Baitul Maqdis, dan 305 dari Masjid Al-Aqsa. Sementara itu, mereka turut mengusir para murobitun yang berada di pintu gerbang al-Aqsa, dengan cara merampas serta mengambil gambar mereka, dan menyerang mereka dengan menolak, memukul dan seterusnya menahan warga disana.

Pusat yang sama menyatakan, seramai tujuh orang rakyat Palestin di Baitul Maqdis telah terbunuh. Sementara 1,798 yang lain telah ditahan pada separuh pertama tahun ini. Antara tahanan tersebut termasuklah 29 orang kanak-kanak bawah 12 tahun, 409 orang lelaki, 60 wanita, empat orang remaja perempuan. Di samping itu, 23 orang pelajar turut ditahan semasa dalam perjalanan mereka ke sekolah. Difahamkan, 16 kes penahanan ke atas tahanan yang dibebaskan turut dilaporkan.

Related