Seorang penduduk Palestin mengalami kecederaan akibat terkena peluru hidup di pelvis sementara seorang lagi terkena serpihan peluru di matanya dalam serangan yang dicetuskan tentera Israel di Nablus, Tebing Barat. Mangsa kecederaan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Rejim Israel telah menyerbu beberapa kawasan kejiranan di Nablus dan melepaskan tembakan, bom bunyi dan bom gas ke arah penduduk awam. Kesan daripada kejadian tersebut, enam orang penduduk Palestin ditahan selepas kediaman mereka digeledah pihak musuh.

