Rejim Israel telah menahan tujuh pemuda dari Kampung Beitin dan Kampung Abu Shkheidim yang terletak di Ramallah, Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, rejim Israel telah menahan dua beradik selepas kediaman mereka diserbu dan digeledah. Manakala di bandar Abu Shkheidim seramai tiga orang pemuda ditahan.
Pada masa yang sama, sebuah rusuhan di bandar Silwan tercetus, melibatkan rejim Israel dan beberapa orang pemuda Palestin. Dalam kejadian itu, pihak musuh telah melepaskan bom bunyi dan gas pemedih mata ke arah penduduk sekitarnya.
Tidak cukup dengan itu, rejim Israel juga menahan seorang pemuda dari al-Khalil dan menyerbu beberapa kawasan kejiranan di sana. Pihak rejim telah menggeledah sebuah kedai ubat dan beberapa kediaman, merosakkan harta benda dan merampas rakaman kamera pengawasan di beberapa kawasan.

