Melalui sebuah kenyataan pada hari ini, Mahkamah Agung Israel akan mengadakan sesi perbicaraan baharu terhadap Ahmad Manasra.
Menurut laporan Kelab Tahanan dan Bekas Tahanan, seorang peguam yang dikenali sebagai Khaled Zabarqa telah mengesahkan bahawa satu sesi perbicaraan akan diadakan untuk Ahmad Manasra di Mahkamah Agung Pendudukan. Difahamkan perbicaraan tersebut adalah untuk mempertimbangkan petisyen yang dikemukakan oleh para pembela yang membantah penahanan isolasi yang berterusan ke atas Ahmad Manasra. Keputusan yang diambil pihak mahkamah juga terkait dengan keadaan kesihatan fizikal dan psikologi Ahmad yang kini semakin merosot.
Pada Mac yang lalu, pihak mahkamah Israel telah melanjutkan tempoh kurungan isolasi Ahmad Manasra sehingga tempoh enam bulan dan dijangka akan berakhir pada September depan. Sebagai rekod, Ahmad Manasra telah diasingkan dalam kurungan isolasi sejak Oktober 2021. Keadaan tersebut menyebabkan beliau berdepan dengan masalah kesihatan fizikal dan mental yang serius.
Sejarah penahanan Ahmad Manasra bermula seawal tahun 2015 ketika beliau berusia 13 tahun. Beliau dihukum penjara selama sembilan tahun setengah dan setakat ini beliau sudah menjalani hukuman penjara selama kira-kira tujuh tahun.

