Home Berita Post View

Petisyen Minta Biden Campur Tangan Hentikan Serangan Warga Israel di Tebing Barat

Jun 26, 2023 07:30 pm

 

Puluhan organisasi Amerika Syarikat (AS) menandatangani petisyen yang menggesa pentadbiran Joe Biden untuk campur tangan dalam menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Tebing Barat. Difahamkan warga haram Israel telah bertindak membunuh sejumlah besar penduduk Palestin, termasuk menyerang dan merosakkan harta benda milik penduduk awam. 

Organisasi yang terlibat dalam petisyen tersebut melaporkan bahawa serangan yang dilakukan warga haram Israel mendapat perlindungan tentera Israel. Begitu juga bandar al-Laban asy-Sharqiyyah dan Turmus Aya yang berdepan dengan kejadian yang sama. 

Pentadbiran Joe Biden turut menyeru kepada semua untuk bersuara sebagai tindak balas terhadap keputusan kerajaan haram Israel untuk memperluas penempatan secara haram. Mereka juga menyokong perlindungan rakyat Palestin dan pelaksanaan Undang-undang Leahy terhadap Israel bagi memastikan tiada wang yang didanai AS kepada Israel digunakan untuk menampung kos penahanan ketenteraan terhadap kanak-kanak, merobohkan kediaman serta merampas tanah milik penduduk awam. 

Related