Satu rusuhan telah berlaku di bandar Turmus Aya, Ramallah yang telah meragut nyawa seorang penduduk Palestin Umar Qateen, 27 tahun susulan tembakan yang dilepaskan oleh rejim Israel.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, seramai 12 orang penduduk menjadi mangsa tembakan peluru hidup milik pihak rejim Israel dan terdapat mangsa mengalami kecederaan serius daripada insiden berkenaan.
Datuk Bandar Turmus Ayya, Lafi Adib menyatakan, bahawa hampir 60 buah kenderaan dan 30 kediaman telah dibakar. Tidak hanya itu, hampir 400 orang warga haram Israel bersenjata menyerang bandar tersebut. Tambahan lagi, puluhan meter persegi tanah menggunakan bom botol turut dimusnahkan.

