Seorang pemuda mengalami kecederaan akibat ditembak peluru hidup sebelum beliau ditahan. Kejadian berlaku semasa rusuhan tercetus yang melibatkan pasukan rejim Israel dan warga Palestin di Kem Pelarian Dheisheh, selatan Bethlehem yang terletak di Tebing Barat yang diduduki.
Sumber tempatan melaporkan, sejurus pasukan rejim menceroboh kem tersebut, pertempuran telah tercetus dan beberapa peluru, gas dan bom bunyi telah dilepaskan. Akibatnya, seorang pemuda mengalami kecederaan di mana beliau ditembak dengan peluru hidup dan terkena tangannya. Mangsa kemudiannya dipindahkan ke hospital di Bethlehem.
Menurut sumber yang sama, pasukan rejim turut menahan seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun, selepas menceroboh dan menggeledah rumah bapanya. Sementara itu, dua orang pemuda dari al-Khalil turut ditahan pasukan rejim.

