Pada awal pagi Khamis hari ini, pasukan rejim Israel telah menempatkan enam buah karavan di al-Laban al-Syarqiya yang berada di Nablus.
Sumber tempatan melaporkan, jentolak tentera rejim telah meratakan tanah di sebuah kawasan yang terletak di jalan selatan al-Laban al-Sharqiya dan Sinjil, sebagai persediaan untuk membangunkan pos penempatan baharu.
Sebagai rekod, kawasan sekitar bandar Sinjil, Turmus Aya, dan al-Laban al-Sharqiya telah dikepung dengan lebih daripada tujuh pos penempatan yang dibina saling bersebelahan yang terletak di atas bukit di tiga buah bandar tersebut. Ia dibina di samping penempatan haram lain iaitu Eli, Ma'ale Levonah dan Shilo. Dengan wujudnya pos penempatan baharu ini, terbentuklah blok penempatan yang besar yang berada di tengah-tengah Tebing Barat, yang dianggap sebagai pemisah antara utara dan selatan.

