Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dua kali ke atas seorang tahanan, ‘Alaa Qabha, 32 tahun dari bandar Barta'a yang berada di Jenin.
Pengarah Kelab Tahanan, Muntasir Sammur menyatakan selepas pihak pendudukan mendakwanya atas dakwaan terlibat dalam operasi keganasan, yang telah menyebabkan kematian dua askar pihak rejim. Malah, pihak rejim pendudukan turut merobohkan rumah beliau pada 2018 lalu.
Sebagai rekod, Qabha pernah ditahan sebelum ini. Kini, beliau dipenjarakan di Penjara Gilboa.

