Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa Israel agar menghentikan segala keputusan yang merisaukan berhubung aktiviti penempatan haram di Tebing Barat.
Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq menambah dengan katanya; "Setiausaha Agung mengulangi bahawa projek penempatan yang dibangunkan Israel adalah menyalahi undang-undang antarabangsa secara terang-terangan. Ia menjadi penghalang utama dalam mencapai two-state solution dan keamanan yang berdaya maju." Beliau menyatakan bahawa pengembangan penempatan haram ini adalah pemacu utama ketegangan dan keganasan yang berlaku.
Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan PBB sebelum ini mengumumkan tentangan mereka terhadap perubahan yang dibuat oleh Israel dalam menguruskan isu pembinaan penempatan. Perubahan ini membolehkan mereka mempercepatkan proses dengan cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Namun, usaha mereka ini dianggap sebagai langkah unilateral yang menjadi penghalang kepada usaha dalam mencapai keamanan di rantau itu.

