Kerajaan Israel telah meluluskan satu resolusi di mana Menteri Keselamatan negara tersebut, Bezalel Smotrich berhak memberi kelulusan awal berkenaan perancangan serta projek pembinaan di penempatan haram, di samping prosedur peluasan kawasan penempatan haram turut dipendekkan. Resolusi ini dikeluarkan semasa mesyuarat mingguan mereka yang lepas.
Menurut radio awam Israel, Kan, resolusi ini membenarkan pelan pembinaan penempatan haram tersebut dibayar tanpa perlu mendapatkan pengesahan di peringkat kerajaan Israel. Justeru, perkara ini bertentangan dengan kebiasaan yang telah wujud sejak 25 tahun lalu.
Difahamkan, bermula hari ini mereka sudah tidak perlu mendapatkan kelulusan di peringkat kerajaan untuk membentangkan rancangan pembinaan penempatan haram di Tebing Barat dalam Majlis Perancangan Tertinggi Israel, iaitu sepanjang dua fasa pemfailan pelan dan kelulusan sepenuhnya.

