Dengan bantuan unit keselamatan, sepasukan tentera Israel bertindak merobohkan khemah kediaman warga penduduk Kampung al-Araqib pada pagi hari ini. Mereka dinafikan status hak pemilikan tanah selain diugut akan dipindahkan ke wilayah Negev. Senario ini merupakan kali ke-218 berlaku, sejak pencerobohannya yang pertama pada 27 Julai 2010.
Sumber tempatan melaporkan kejadian kali ini merupakan kali ke-217, di mana rejim Israel telah merobohkan rumah warga penduduk al-Araqib pada 30 Mei 2023.
Sejak awal 2023, tindakan kali ini merupakan kali yang ketujuh pasukan Israel merosakkan khemah kediaman penduduk al-Araqib setelah merobohkannya sebanyak 15 kali pada tahun 2022, dan 14 kali pada tahun 2021.

