Mahkamah Israel telah mengeluarkan arahan untuk merobohkan sebuah sekolah rendah yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan di Badia Yatta yang terletak di selatan al-Khalil, Tebing Barat.
Guru besar sekolah Umm Qassah menyatakan bahawa pihak Israel telah memberi notis perobohan sekolah pada tahun lalu dan melarang ibu bapa untuk menambah bilik darjah yang baru. Pihak Israel juga telah memaklumkan kepada peguam sekolah bahawa perobohan akan dijalankan dalam tempoh tujuh hari.
Tentera Israel turut memberitahu mereka untuk menghentikan kerja di dua jalan pertanian dan tiga kediaman di bandar Qarawat Bani Hassan, barat Salfit.

