Home Berita Post View

Perobohan Rumah Tahanan Adalah Tindakan Pengganas dan Jenayah Kemanusiaan

Jun 15, 2023 04:39 pm

 

 

Kementerian Tahanan dan Bekas Tahanan di Gaza mengesahkan bahawa tindakan merobohkan rumah seorang tahanan, Usamah al-Tawil merupakan tindakan pengganas dan jenayah kemanusiaan di mana memerlukan pihak antarabangsa yang terlibat mengambil pendirian tegas terhadap kerajaan pendudukan yang fasis.

Dalam satu kenyataan akhbar, kementerian mengesahkan bahawa dasar hukuman kolektif terhadap tahanan dan keluarga mereka yang dilaksanakan oleh pihak rejim walau bagaimanapun tidak akan berjaya menjejaskan keazaman dan keteguhan mereka.

Pada pagi hari ini, pasukan pendudukan telah meletupkan rumah milik keluarga Usamah Al-Tawil di bandar Nablus, Tebing Barat. Sebagai rekod, beliau telah ditahan pasukan pendudukan pada 13 Februari lalu, atas alasan keterlibatannya dalam serangan tembakan. Pada 20 Februari, pihak rejim menyerbu rumahnya dan mengambil ukuran rumah  sebagai persediaan untuk merobohkannya.

Related