Home Berita Post View

19 Kanak-Kanak Bawah Umur, 3 Wanita Ditahan Di Bawah Penahanan Pentadbiran

Jun 15, 2023 04:35 pm

 

Pusat Kajian Tahanan Palestin mengesahkan pada tahun semasa, tentera Israel telah meningkatkan dasar penahanan pentadbiran ke atas tahanan bawah umur dan tahanan wanita. Sebagai rekod, bilangan tahanan kanak-kanak bawah umur dalam tahanan pentadbiran baru-baru ini telah meningkat kepada 19 orang kanak-kanak bawah umur dan 3 orang wanita.

Pengarah pusat tersebut, Riyad al-Ashqar menjelaskan bahawa pada awal tahun, terdapat lebih daripada 26 keputusan pentadbiran terhadap kanak-kanak bawah umur, termasuk tahanan yang diperbaharui tempoh penahanan pentadbiran iaitu antara 3 bulan hingga 6 bulan. 

Sebagai rekod, separuh daripada kanak-kanak bawah umur yang ditahan secara pentadbiran ini telah diperbaharui sekurang-kurangnya dua kali, termasuklah beberapa orang kanak-kanak di bawah umur telah melepasi umur bayi semasa mereka berada di dalam penjara.

Beliau menegaskan bahawa pasukan Israel menahan kanak-kanak bawah umur secara pentadbiran di bahagian juvana. Mereka turut dihalang daripada mengupah peguam bagi membela mereka di mahkamah di samping dirahsiakan pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka. 

 

Related