Home Berita Post View

Remaja Perempuan Cedera Terkena Serpihan Peluru

Jun 15, 2023 04:35 pm

 

Seorang remaja perempuan cedera selepas terkena serpihan peluru milik rejim Zionis di bandar Ya’bad, Jenin. Menurut sumber yang diperolehi, rejim Zionis telah mengepung bandar Ya’bad untuk hari kedua berturut-turut. 

Bandar tersebut telah diceroboh dan kenderaan penduduk di sana telah dirampas. Pihak musuh telah melepaskan peluru hidup dan peluru logam sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang remaja perempuan semasa beliau berada di dalam kediaman milik keluarganya. Bom bunyi juga dilepaskan di dalam rumah dan di sekitar sekolah, yang mengakibatkan sebahagian daripadanya telah rosak.

Rejim Zionis telah menutup semua jalan menuju ke bandar dengan timbunan tanah, menghalang rakyat daripada memasuki atau meninggalkan bandar dan menyerbu beberapa kediaman dan kedai milik warga penduduk.

Related