Seorang penduduk Palestin syahid sementara puluhan yang lain cedera dalam sebuah serangan yang dicetuskan rejim Zionis di kota Nablus, Tebing Barat. Difahamkan, kejadian ini berlaku ketika pihak rejim merobohkan kediaman milik seorang tahanan Palestin, Usamah al-Tawil.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa Khalil Anis, 20 tahun telah terbunuh akibat terkena peluru yang dilepaskan rejim Zionis tepat ke arah kepalanya. Persatuan Bulan Sabit Merah turut melaporkan kira-kira 300 orang penduduk Palestin telah terlibat dan seterusnya menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Lebih kejam, apabila rejim Zionis menghalang pasukan perubatan daripada merawat mangsa di kediaman mereka.
Sekumpulan besar rejim Zionis telah menceroboh wilayah Nablus dengan menggunakan peralatan ketenteraan dan jentolak dalam usaha merobohkan kediaman milik Usamah al-Tawil yang mereka letupkan pada pagi tadi.

