Pihak pendakwaan tentera Israel memutuskan untuk menutup fail siasatan terhadap tentera Israel yang dituduh melakukan jenayah penderaan ke atas seorang warga emas Palestin, Omar Asaad, 80 tahun sehingga mengakibatkan kematiannya tahun lalu.
Omar Asaad syahid pada 12 Januari 2022 selepas ditahan dan diserang oleh pasukan tentera Israel di sebuah rumah terbiar di bandar Ramallah. Rejim Zionis bertindak memukul, mengikat tangan dan menutup mata beliau seterusnya meninggalkannya dalam keadaan terbaring di atas tanah hingga menyebabkan kematian.
Pendakwa tentera Israel menutup fail itu dengan alasan ia tidak menerima laporan bedah siasat Asaad daripada pihak berkuasa Palestin. Sumber daripada tentera Israel mendakwa bahawa ahli keluarga Omar Asaad enggan memberi kerjasama dalam siasatan ini.

