Pasukan pendudukan Israel menutup jalan-jalan bukan utama di bandar Ya`bad di Jenin, dengan timbunan tanah, selain menceroboh beberapa buah rumah warga tempatan.
Sumber menyatakan bahawa, pasukan besar tentera Israel menyerbu bandar Ya`bad dan menutup beberapa jalan bukan utama dengan timbunan tanah, di samping menambah sekatan kepungan tentera mereka di bandar yang sama. Mereka turut merampas sebuah kenderaan. Akibatnya, beberapa buah kejiranan di bandar tersebut mencetuskan rusuhan yang melibatkan kelompok pemuda dan tentera Israel.

