Seorang pemuda Palestin, Farees Hashash berusia 19 tahun syahid akibat ditembak Zionis dalam satu serangan di Kem Pelarian Balata, Nablus.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa, Farees telah ditembak pada bahagian dada dan bawah perutnya. Dalam kejadian tersebut, turut menjadi mangsa lapan orang rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak ditembak menggunakan peluru hidup. Empat daripada mangsa berada pada tahap kritikal.
Pihak rejim Israel turut menghalang pasukan perubatan daripada sampai ke tempat kejadian. Bahkan mereka turut melepaskan tembakan ke arah ambulan.

