Home Berita Post View

Amaran Rancangan Pengyahudian dan Rampasan Al-Aqsa

Jun 13, 2023 04:58 pm

Amjad Shehab, pakar Hal Ehwal Baitul Maqdis memberi amaran mengenai rancangan pengyahudian. Rancangan ini merupakan usaha Israel untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa dan merampas sepenuhnya pemilikan masjid suci itu. 

Beliau menjelaskan bahawa Zionis telah membuka ruang kepada proses meruntuhkan al-Aqsa. Jelaslah, pencerobohan warga Israel yang semakin meningkat bertujuan mencapai kawalan penuh ke atas Masjid al-Aqsa. Beliau turut menambah, bahawa Israel mahu menjadikan tindakan serbuan ke atas al-Aqsa sebagai satu normalisasi dan ini merupakan rancangan disebalik pengyahudian bagi membangkitkan suasana untuk mengawal al-Aqsa tanpa sebarang reaksi penduduk Palestin dan masyarakat Islam.

Rakyat Palestin berterusan menentang rang undang-undang yang dikemukakan oleh anggota Likud Knesset Israel, Amit Halevi di mana mereka mahu membahagikan Masjid al-Aqsa di antara orang Islam dan penduduk haram Israel.

 

Related