Tentera rejim Israel bertindak memukul seorang warganegara Palestin dan isterinya, di samping turut menahan dua warga yang lain dalam sebuah serbuan di Kem Pelarian Askar yang berada di timur Nablus, Tebing Barat.
Pengarah Ambulans dan Kecemasan Bulan Sabit Merah Nablus menyatakan bahawa, krew Bulan Sabit Merah telah membawa seorang warga Palestin bersama isterinya ke sebuah hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan segera selepas dipukul pihak rejim.
Sumber melaporkan, rejim Israel turut menahan dua orang bersaudara dalam kejadian yang sama, ketika rumah kediaman mereka diserbu dan digeledah.
Dalam konteks yang sama, tentera pendudukan menyerbu Jalan Tal di bandar tersebut, menyerbu sebuah bangunan dan menjalankan tinjauan ke atas rumah keluarga as-syahid Muaz al-Masri. Beberapa orang penduduk juga dilibatkan dalam siri siasatan lapangan mereka dan memaklumkan siasatan tersebut merupakan bibit awal kepada perobohan rumah kediaman as-syahid Muaz.

