Wakil Khas Kesatuan Hak Asasi Manusia Eropah, Eamon Gilmore menyatakan bahawa, kerajaan Israel tidak mempedulikan keganasan penduduk haram Israel terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.
Gilmore menegaskan ketika dalam sesi temu bualnya bersama akhbar Israel, Haaretz bahawa, memang terdapat perbezaan yang ketara antara bilangan insiden keganasan yang melibatkan penduduk haram dengan bilangan penyiasatan yang dibuka dalam kes ini. Beliau menekankan bahawa, Israel perlu bertanggungjawab untuk menyiasat kes-kes tersebut dan berusaha menangani fenomena ini.
Tambahnya lagi, terdapat trend yang jelas bermula tahun 2022 dan berterusan hingga ke separuh pertama tahun 2023 yang melibatkan kerosakan maut terhadap orang awam.
Gilmore mengesahkan wujudnya peningkatan tindakan yang boleh membahayakan penduduk awam Palestin. Jelasnya, pertambahan jumlah penduduk awam yang menjadi mangsa, di bawah tanggungjawab Israel. Kerajaan rejim ini seharusnya bertanggungjawab mengambil tindakan agar kejadian yang sama tidak berlaku lagi pada masa depan.

