Sebuah jawatankuasa menteri Israel meluluskan pindaan rang undang-undang baru ke atas rakyat Palestin. Rang undang-undang ini menyasarkan pengutipan denda kewangan ke atas rakyat Palestin yang berada Tebing Barat.
Saluran Ibrani 7 menyatakan bahawa, Jawatankuasa Menteri bagi Hal Ehwal Perundangan telah meluluskan draf undang-undang khususnya yang berkaitan pengutipan denda yang dikenakan oleh mahkamah tentera di Tebing Barat, demi keuntungan kerajaan Israel.
Dengan kelulusan jawatankuasa menteri, draf undang-undang ini kemudian akan dirujuk kepada pihak berkuasa umum Knesset bagi proses undian.

