Home Berita Post View

Seorang Pemuda Cedera, Empat Lagi Ditahan Dalam Serbuan di Nablus

Jun 12, 2023 04:59 pm

 

Seorang pemuda Palestin cedera ditembak peluru hidup milik Israel dalam satu operasi pencerobohan yang berlaku di kota lama bandar Nablus, Tebing Barat.

Menurut sumber yang diperolehi, rejim Zionis telah menceroboh beberapa kawasan kejiranan di Kota Lama dan menyerbu kediaman milik as-syahid Wadi’ al-Houh, sebuah kafe serta merosakkan harta benda di dalamnya. Pihak rejim turut melepaskan tembakan peluru hidup dan gas beracun ke arah pemuda yang berada di tempat kejadian. Akibatnya, seorang pemuda telah menjadi mangsa apabila kakinya terkena tembakan.

Rejim Zionis turut menyerbu beberapa buah kampung dan bandar di selatan Nablus. Dua orang pemuda dilaporkan turut ditahan selepas rumah ibu bapa mereka di bandar Beita diceroboh. Sementara di kampung Qaryut, pihak rejim turut menahan seorang pemuda dan anaknya yang berusia 14 tahun selepas kediaman mereka diserbu pihak Israel.

Related