Rejim Israel bertindak menyerang serta menyeksa para tahanan Palestin di penjara padang pasir Negev dan memindahkan beberapa orang daripada mereka ke sel berasingan.
Pejabat Penerangan Tahanan melaporkan bahawa, unit penindasan menyerbu Seksyen (21) di Penjara Negev dan memindahkan sejumlah tahanan ke sel berasingan. Rentetan itu, ketegangan dilaporkan telah berlaku di penjara tersebut.
Difahamkan, kejadian berlaku disebabkan gelombang kebangkitan yang berlaku di seluruh penjara Israel di mana tahanan pentadbiran ditempatkan. Ia berikutan persediaan mogok lapar terbuka yang bakal dilaksanakan oleh mereka.
Jawatankuasa Tahanan Pentadbiran di penjara Israel melaporkan bahawa, ratusan tahanan pentadbiran bakal melaksanakan mogok mulai Ahad depan bertepatan 18 Jun 2023, dengan slogan "Revolusi Kebebasan - Pemberontakan Tahanan Pentadbiran."

