Seorang pemuda dilaporkan mengalami kecederaan sementara empat yang lain telah ditahan semasa serbuan tentera Israel ke atas bandar Kafr Dan yang terletak di Jenin, Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa, tentera Israel menyerbu bandar tersebut sebelum menahan empat orang pemuda dan di antaranya merupakan dua beradik. Dalam pada itu, kereta milik keluarga mereka juga telah diletupkan termasuklah mengalami kerugian akibat kerosakan yang dilakukan pihak rejim ke atas rumah kediaman mereka.
Sumber menegaskan, pasukan pendudukan bertindak menceroboh bandar tersebut bersama puluhan kenderaan ketenteraan yang telah membawa kepada tercetusnya rusuhan yang melibatkan sekelompok pemuda menentang tentera rejim. Akibatnya, seorang pemuda telah mengalami kecederaan di bahagian kakinya. Tidak hanya itu, sejumlah warga penduduk turut diheret untuk disoal siasat tanpa sebab.

