Home Berita Post View

Israel Umum Perbincangan Mengenai Rancangan Penyelesaian Isu di Tebing Barat

Jun 08, 2023 04:45 am

 

Jawatankuasa Perancang Pusat Pentadbiran Awam Israel mengumumkan bahawa, sebuah mesyuarat akan diadakan pada Isnin depan bagi membincangkan rancangan pembinaan penempatan paling sensitif di Tebing Barat, khususnya di kawasan E1, iaitu kawasan yang akan menghubungkan Baitul Maqdis dengan penempatan Ma'ale Adumim.

Laman web Israel, Walla berkata, rancangan pembinaan ini dianggap paling sensitif dari segi politik yang mana rancangan ini akan melibatkan pembahagian Tebing Barat kepada dua bahagian. Perkara ini bertujuan bagi menghalang penubuhan negara Palestin dan kemampanan wilayah tersebut pada masa hadapan. Difahamkan, pertemuan tersebut akan tetap berlangsung meskipun beberapa kali ditangguhkan disebabkan tekanan yang diterima daripada pihak antarabangsa terutama Amerika Syarikat dan negara Eropah.

Pergerakan Israel, Peace Now turut menegaskan bahawa perkembangan pembinaan di E1 merupakan sebuah lagi langkah tindakan kerajaan Israel semasa. Sebagai rekod, sejak penubuhannya, mereka telah berjaya membangunkan penempatan baru penduduk haram baru, mengembalikan penduduknya ke utara Tebing Barat, dan kini sedang berusaha untuk mewujudkan kekuasannya di Tebing Barat.

Related