Home Berita Post View

Warga Palestin Cedera Ditembak, Seorang Pelajar Ditahan Israel

Jun 08, 2023 04:44 am

 

Enam orang awam mengalami kecederaan akibat ditembak tentera Israel dalam sebuah rusuhan yang tercetus di Kem Aqabat Jaber yang terletak di Ariha.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan, enam orang awam mengalami kecederaan semasa pasukan pendudukan menceroboh Kem Aqabat Jaber. Rusuhan melibatkan kumpulan pemuda dan tentera rejim diikuti dengan kejadian tembakan peluru hidup dan peluru geah, gas pemedih mata dan bom bunyi yang dilepaskan tentera rejim ke arah warga penduduk dan rumah kediaman mereka. 

Dalam konteks berasingan, pada pagi semalam di Silwan, pasukan pendudukan telah menahan seorang pelajar sekolah menengah selepas rumahnya diceroboh. Penahanan ini dibuat beberapa jam sebelum peperiksaannya bermula. Malah, akibat daripada penahanan ini, pelajar tersebut telah dihalang daripada menduduki peperiksaan di sekolahnya bersama pelajar lain. 

Related