Dua orang tahanan, Ahmad al-Musalamah dan Kayid al-Fasfous meneruskan mogok lapar terbuka mereka sudah memasuki hari kelapan. Tindakan mereka ini adalah sebagai respons menolak penahanan pentadbiran ke atas diri mereka.
Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan berkata bahawa, kedua-dua tahanan tersebut meneruskan mogok lapar mereka sebagai respons terhadap dasar penahanan pentadbiran yang dikeluarkan ke atas mereka. Difahamkan, mereka kini ditahan di Penjara Ofer.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa, al-Fasfous, 34 tahun telah dipindahkan ke tahanan pentadbiran dan perintah penahanan pentadbiran telah dikeluarkan terhadapnya bagi tempoh 6 bulan. Beliau sebelum ini merupakan bekas tahanan yang telah menghabiskan 7 tahun di penjara pendudukan. Sebagai rekod, beliau pernah melakukan mogok terbuka yang berlangsung selama 131 hari. Beliau yang juga merupakan adik kepada tiga tahanan lain yang masih dalam penjara pendudukan.
Manakala perintah penahanan pentadbiran ke atas Ahmad Ibrahim Musalamah, 25 tahun juga telah dikeluarkan bagi tempoh 4 bulan. Beliau juga merupakan bekas tahanan penjara pendudukan sebelum ini, selama beberapa tahun.

