Saluran 7 Israel mendedahkan perubahan yang dinyatakan oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir yang berhasrat untuk meluluskan, memudahkan dan meningkatkan bilangan mereka yang memperoleh lesen untuk memiliki senjata peribadi kepada 30,000 orang dalam tempoh akan datang.
Akhbar itu menyatakan bahawa perubahan ini termasuk membenarkan setiap warga Israel berusia 21 tahun mendapatkan lesen untuk memiliki senjata, dengan syarat mereka telah menamatkan perkhidmatan tentera. Ia juga termasuk membenarkan sukarelawan ambulans, pelajar agama dan askar tentera tetap mendapatkan lesen untuk memiliki senjata peribadi.
Perubahan itu disebabkan oleh operasi tembakan yang berterusan dan peningkatan permintaan untuk mendapatkan lesen pemilikan senjata. Saluran itu juga menyebut bahawa bilangan mereka yang memperoleh lesen pemilikan senjata dalam beberapa bulan lalu berjumlah 11,393 orang yang mana menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.

