Home Berita Post View

Kelab Tahanan: Menolak Permintaan Pembebasan Awal Daqqa Sama Seperti Membunuhnya

Jun 01, 2023 06:18 pm

Kelab Tahanan berkata, keputusan Jawatankuasa Pembebasan Awal Pentadbiran Penjara Israel untuk tidak mempertimbangkan permintaan pembebasan awal seorang tahanan, Walid Daqqa, seterusnya merujuknya kepada jawatankuasa khas adalah sama seperti keputusan baru untuk membunuhnya. Hal ini memandangkan keadaan kesihatan yang kini serius dan kritikal.

Kelab Tahanan menyatakan, keputusan ini telah melibatkan beberapa kesan undang-undang tambahan semasa percubaan untuk membebaskannya. Malah, mereka turut menyeru semua di peringkat kebangsaan dan antarabangsa agar turut campur tangan dengan segera demi membebaskan Daqqa dengan cepat. Sebagai rekod, beliau baru sahaja menyelesaikan hukuman pertamanya pada Mac lalu, yang telah berlangsung selama 37 tahun. Manakala hari ini merupakan hari pertamanya dalam menjalani hukuman tambahan iaitu selama dua tahun. 

Daqqa yang sedang menderita kanser yang jarang berlaku telah menjejaskan sumsum tulangnya. Keadaan ini berpunca daripada penderitaan awalnya iaitu leukemia, di mana telah didiagnosis pada tahun 2015. Keadaan kesihatannya merosot teruk berpunca daripada pengabaian rawatan yang disengajakan ke atas dirinya. 

 

Related