Home Berita Post View

Rejim Israel Lancar Siri Penahanan di Tebing Barat

Jun 01, 2023 06:16 pm

Seramai 33 orang penduduk dari bandar-bandar di Tebing Barat ditahan Israel termasuk seorang isteri kepada tahanan Israel bersama anak lelaki mereka. 

Pejabat Penerangan Tahanan berkata bahawa, pasukan rejim telah menahan seorang pemuda, di samping seorang isteri bersama anak kepada seorang tahanan, Atef Abu Alia, selepas rumah mereka diceroboh tentera rejim. Difahamkan, Atef yang ditahan sejak 2008, kini sedang menjalani hukuman penjara selama 16 tahun di penjara Israel. 

Beliau menambah, pihak rejim Israel turut menahan tiga orang pemuda, termasuk seorang tahanan yang dibebaskan, dari Nablus dan seorang lagi pemuda dari Jenin. Manakala di bandar al-Khalil (Hebron), dua orang pemuda turut ditahan. Sementara di bandar Tuqu’, Baitul Laham, pihak Israel telah melancarkan siri penahanan yang melibatkan lebih 23 pemuda ditahan. 

Dalam konteks yang sama, pasukan rejim turut menceroboh bandar Sabastiya yang terletak di utara Nablus. Mereka menceroboh rumah milik seorang tahanan yang dibebaskan dari Tulkarm sebelum melakukan soal siasat di lapangan serta mengancamnya ditahan.

 

Related