Home Berita Post View

Tiga Tahanan Menderita Sakit Kritikal di Penjara Ramon

Jun 01, 2023 06:14 pm

 

Suruhanjaya bagi Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, memetik daripada peguam Suruhanjaya, Sherine Nasser, telah mendedahkan tiga kes tahanan yang menderita pelbagai penyakit di penjara Ramon.

Difahamkan, Walid Masalmeh, 49 tahun yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kini sedang berdepan kecuaian perubatan. Malah, sesi rawatannya turut ditangguh oleh pihak pentadbiran penjara. Beliau hanya dibekalkan dengan ubat tahan sakit tanpa sebarang rawatan lain. 

Walid yang dilaporkan menderita sakit batu karang sudah tiga tahun dan pernah menjalani pembedahan. Pun begitu, sisa-sisa batu karang masih ada dan beliau kini mengalami sakit pada bahagian otot kaki kirinya pula. 

Suruhanjaya turut menambah, sementara seorang lagi tahanan, Ahmed Salah, 52 tahun, yang dijatuhi hukuman seumur hidup tambahan sepuluh tahun penjara, menderita fibrosis paru-paru dan menderita radang usus besar. Malah, pentadbiran penjara enggan melakukan pemeriksaan ke atas dirinya. Manakala Sami Jaradat, 55 tahun yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan 50 tahun. Beliau mengadu beberapa masalah kesihatan yang melibatkan saluran usus kecilnya. Lebih teruk, kes Sami juga gagal diberi perhatian pihak pentadbiran penjara meskipun keadaannya sudah kritikal.

Related