Difahamkan, kenderaan perbandaran rejim Israel merobohkan kemudahan komersial dan bilik timah milik penduduk Palestin demi membangunkan kediaman baru penduduk haram di kejiranan Wadi Qaddum di bandar Silwan, sebagai salah satu bentuk penjajahan ke atas Baitul Maqdis.
Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa, kenderaan pasukan rejim yang dikerahkan di jalan-jalan kejiranan Qaddum telah mengepung sebidang tanah milik warga Palestin. Mereka kemudiannya menceroboh kawasan peribadi itu sebelum bertindak memusnahkan kemudahan yang ada di dalamnya dengan alasan tidak memiliki lesen daripada pihak rejim.
Turut dilaporkan, seorang pemuda mengalami kecederaan akibat ditembak rejim Israel di pusat pemeriksaan Kem Pelarian Shuafat, Baitul Maqdis. Tidak hanya itu, mereka turut mengetatkan langkah ketenteraan di pusat pemeriksaan yang telah menghalang kemudahan pergerakan warga setempat.

