Home Berita Post View

Nablus Makin Galak Diserang, Seorang Warga Palestin Ditahan

May 31, 2023 06:29 pm

Dalam sebuah kejadian di Nablus, rejim Israel dilaporkan bertindak menceroboh Kampung Asira al-Qibliya, yang terletak di Tebing Barat.

Menurut sumber, pihak rejim telah menceroboh kampung tersebut lantas menyerbu rumah warga penduduk dan melakukan kerosakkan terhadap barangan milik mereka tanpa belas ihsan. Pihak rejim turut bertindak ganas dengan memanjat bumbung rumah warga penduduk sebelum bertindak melemparkan bertong-tong gas pemedih mata ke arah warga disitu. Tindakan ini telah mengakibatkan sejumlah rakyat mengalami kesesakan nafas. Difahamkan, seorang warga Palestin turut ditahan selepas serbuan dilakukan di rumahnya. 

Dalam konteks yang berkaitan, tentera Israel telah menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dari Kem Pelarian Shuafat yang terletak di Baitul Maqdis sebelum memukulnya dengan teruk.

 

Related