Ramai penduduk Palestin termasuk kanak-kanak menjadi mangsa dalam serangan yang dilancarkan warga Israel ke atas perkampungan Jalud, Tebing Barat.
Menurut sumber yang diperolehi, puluhan warga Israel menyerang kediaman milik penduduk Palestin di kawasan tersebut. Mereka turut membakar salah sebuah kediaman, merosakkan kenderaan dan harta benda penduduk. Dalam kejadian tersebut, beberapa orang kanak-kanak mengalami sesak nafas semasa mereka mempertahankan diri daripada pihak musuh.
Di Jenin pula, sekumpulan warga Israel di bawah perlindungan tentera Israel menyerang kenderaan rakyat Palestin dan menutup jalan utama yang menghubungkan Jenin dengan Tulkarm. Mereka melangsungkan pesta, keganasan dan memecahkan tingkap beberapa buah kereta di tempat tersebut.

