Home Berita Post View

Baitul Maqdis di Ambang Pemilikan Israel

May 31, 2023 06:24 pm

 

Pasukan rejim Israel telah merasmikan Kubu Baitul Maqdis di Pintu al-Khalil (Hebron) selepas 10 tahun kerja penggalian serta tiga tahun kerja pemulihan dan penstrukturan semula dijalankan. Ia dirasmikan dengan nama Tower of David Museum. Perasmian ini dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Baitul Maqdis Israel serta kumpulan penduduk haram Israel dan puak pelampau. 

Bangunan ini mempunyai 10 ruang istirahat, dibina dengan gaya artistik dan menggambarkan sejarah kota itu dalam bentuk 3D. Ianya diwujudkan selari dengan naratif al-Kitab Israel, dari sudut model, binaan antik dan peta lama yang mengandungi simbol dan slogan Israel. Tidak hanya itu, rejim Israel juga menghubungkan istana tersebut dengan pintu masuk baru dari arah luar tembok Baitul Maqdis lama di Pintu al-Khalil (Hebron), di mana lalun itu berakhir di pintu keluar Kota Lama Baitul Maqdis. 

Dr. Yusuf Natsheh, pengarah Pusat Pengajian Baitulmuqaddis di Universiti al-Quds berkata bahawa, pihak rejim menjadikan masjid sasaran Tower of David Museum sebagai muzium selepas bertahun-tahun kerja penggalian dan pemulihan. Mereka tahu bahawa masjid ini merupakan sebuah masjid yang terbesar di Baitul Maqdis selepas Masjid al-Aqsa.

Related