Kelab Tahanan Palestin melaporkan, sejak dari awal tahun, pasukan rejim Israel telah menahan kira-kira 170 orang warga Palestin dari wilayah Ariha (Jericho) dan Lembah Jordan. Kerja-kerja penahanan tertumpu di Kem Aqabat Jabr, di mana lebih 100 tahanan telah dibuat. Sebagai rekod, jumlah ini merupakan kadar penahanan tertinggi dalam tempoh beberapa tahun terdekat di Ariha.
Kelab tersebut turut menjelaskan dalam satu kenyataan, penahanan yang dilakukan oleh pasukan rejim Israel turut melibatkan hukuman bunuh dan penyeksaan ke atas tahanan serta ahli keluarga mereka. Tidak hanya itu, tindakan ganas ini melibatkan semua jenis senjata. Selain daripada itu, pihak rejim turut menjalankan dasar hukuman beramai-ramai selain melakukan kerosakan ke atas rumah penduduk Palestin.
Difahamkan, antara kes penahanan tersebut adalah 22 orang kanak-kanak bawah 18 tahun. Antara yang ditahan juga telah mengalami kecederaan akibat ditembak semasa mereka ditahan, kecuali sekumpulan daripada tahanan yang turut mengalami kecederaan sebelum ditahan.

