Dalam sebuah kejadian di bandar Deir Dibwan, timur Ramallah, kira-kira empat orang warga Palestin mengalami kecederaan selepas diserang penduduk haram Israel.
Penduduk haram bertindak menceroboh kawasan Sheikh Ammar di pinggir kampung, dan menyerang beberapa buah rumah dan kenderaan milik warga penduduk. Serangan ini telah menyebabkan barangan milik mereka mengalami kerosakan teruk selain tanah mereka juga dibakar oleh rejim haram.
Dalam serangan yang sama, difahamkan pasukan tentera dan polis Israel turut bersama membuat onar di kawasan tersebut. Mereka kemudiannya bertindak melepaskan gas pemedih mata dan peluru logam ke arah rakyat dan rumah mereka sebagai respons serta melindungi penduduk haram.

