Home Berita Post View

Tahap Kesihatan Fatimah Syaheen Semakin Kritikal

May 30, 2023 06:45 pm

Penderitaan tahanan seorang wanita Palestin, Fatimah Syaheen dari Baitul Laham masih berterusan selepas kecederaan yang dialaminya berpunca daripada tembakan yang dilepaskan tentera Israel pada bulan lepas.

Pejabat Media Tahanan melaporkan bahawa, Fatimah Syaheen yang berusia 20-an cedera ditembak dengan tiga das peluru di bahagian belakang badan dan perutnya. Salah satu peluru terkena tulang belakangnya menyebabkan beliau lumpuh.

Beliau menegaskan bahawa, pihak rejim telah menahannya di bahagian jenayah dan diletakkan di isolasi di penjara Ramla. Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah meningkatkan tekanan psikologinya akibat dikurung bersendirian, selain dirinya juga tidak mampu untuk meneruskan kehidupan hariannya di sana dengan selesa. Tambahan dengan keadaannya yang mengalami kecederaan, situasi tersebut menyebabkan keadaan kesihatannya semakin merundum. Malah, Fatimah juga diabaikan daripada mendapat rawatan perubatan yang sepatutnya oleh pihak penjara Israel. 

 

Related